Baby Zypers
Owner



Assalamualaikum! Syeera c'; PMR Victim .


Diary About FruitHeart


Sing with Me


Find Me

1~ http://www.facebook.com/syah.anezii 2~ https://twitter.com/SyeeraSyeerot
Blog Archive

Credits

Template: Ana Min-Ji
Full Edited: Baby Zypers
Others:




Jika Dia Milikku Ya Allah ♥

                                                                               
                                                                 

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi….
Ya Allah ya Tuhanku….
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangankukau 
Tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. 
dan peliharalah diriku dari kekecewaan. 
Kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah.


Ya Allah ya Tuhanku….

Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya ke dada langit
Agar ku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi…..
Ya Allah ya Tuhanku….

Pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
Kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini….
Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja

yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
Menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh..
Amin Ya Rabbal Alamin...